Dua saluran radio itu ialah Ria FM dan Warna FM. Persembahannya tidak banyak beza dengan saluran radio di tanah air kita. Mereka masih menyampaikan maklumat semasa kepada pendengar. Pada masa yang sama, melayan panggilan pendengar dan menyiarkan lagu popular semasa.
Kita juga mendapati juruhebah yang ke udara tidak berasa kekok atau janggal apabila bertutur bahasa Melayu dalam sebutan baku ini.
Sekarang, kita selalu menemui kaum bukan Melayu bertutur bahasa Melayu dengan baik pada sebutan, nahu dan tata bahasanya. Ia lebih baik daripada orang Melayu sendiri. Ini bermakna kalau kaum atau bangsa lain lebih tahu macam mana menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tidakkah kita orang Melayu berasa malu kerana cara pertuturan kita yang entah apa-apa?
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila stesen radio bahasa Melayu memberikan teladan tidak elok kepada bangsa bukan Melayu kerana menunjukkan pertuturan dan penggunaan bahasa Melayu yang tunggang langgang.
Sejak kebelakangan ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sering kali memberi kenyataan mengenai usaha untuk memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu, bahasa rasmi negara Malaysia seperti mana termaktub dalam Perlembagaan negara kita.
Bagi kita, bukan saja radio bahasa Melayu tetapi saluran radio bahasa Inggeris boleh sama-sama memainkan peranan mendaulatkan bahasa Melayu. Antaranya mewujudkan segmen atau peraduan menterjemahkan ayat bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Malahan, radio bahasa inggeris ini juga boleh mengadakan ruangan seminit dua bertutur bahasa Melayu.
Ini pastinya bukan saja menarik pendengar aliran inggeris tetapi orang asing yang menetap lama di negara kita tetapi berminat untuk memahami bahasa Melayu.
Kita tidak menafikan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris. Namun, bahasa ialah jiwa dan identiti bangsa. Tidak kira apa kaum sekalipun, identiti kita sebagai bangsa Malaysia adalah melalui bahasa, iaitu bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment