Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa
Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun
maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu
ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan
tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan
daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan
yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Cintailah Bahasa Kita !
No comments:
Post a Comment