Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan
kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga
kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk
asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada
keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum
kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara
kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran
1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat
untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang
berbilang kaum.
No comments:
Post a Comment