TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK
Menarik minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Sunday, 30 October 2011
ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN, BINA MODAL INSAN BERKESAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
Saturday, 29 October 2011
Hormati keputusan perkenal dasar MBMMBI
Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
Sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya. Pada hari ini kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap...jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai. Kita sedar mungkin sebahagian daripada mereka itu menghendaki supaya kita tidak mengetepikan bahasa Inggeris...mereka punya kebimbangan kalau perubahan dasar ini bermakna bahasa Inggeris itu tidak diberikan perhatian.
Sebab itu kita ubah dari PPSMI kepada MBMMBI kerana kedua-duanya ada...bahasa Melayu untuk kita martabatkan dan bahasa Inggeris untuk kita perkukuhkan.
Sebab itu kita ubah dari PPSMI kepada MBMMBI kerana kedua-duanya ada...bahasa Melayu untuk kita martabatkan dan bahasa Inggeris untuk kita perkukuhkan.
Friday, 28 October 2011
Perkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kemajuan
Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu. Masyarakat wajar menambil iktibar daripada sejarah orang Eropah dahulu yang mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu. "Orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmu yang diperolehi. Mereka menulis karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri. Universiti didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa Eropah.
"Hari ini, orang Eropah tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Mereka berjaya mencipta ilmu dalam bahasa mereka sendiri dan mengembangkannya ke seluruh dunia dan akhirnya bangsa Eropah menjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka juga menjadi bahasa yang maju,"

Pejuang bahasa mempunyai peranan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan memupuk sikap positif rakyat terhadap bahasa kebangsaan itu.
"Pejuang bahasa tidak harus lagi bertindak sebagai kumpulan pendesak semata-mata dan perlu sentiasa turun padang, berada di tengah-tengah masyarakat, menjadi penggerak kesedaran rakyat pelbagai kaum untuk membina keyakinan mereka terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan,"

Sunday, 23 October 2011
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: Sejauh Mana Kita Memahaminya
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah
Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh
diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori
murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif,
terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya
semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor
peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah
kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka.
Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun anak
sendiri. Persoalannya sejauhmanakah kita mengenali kelompok ini dan
bagaimanakah kita dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian sebagaimana
kanak kanak normal yang lain? Artikel ini akan menyentuh kategori murid
bermasalah pembelajaran untuk mengenali mereka seterusnya memahami nature
mereka supaya kita menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin dan penyayang selaras
dengan visi Wawasan 2020. Sindrom Down Merupakan kecelaruan genetik yang
menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom
pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu
ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata
sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang
(menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan
kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan
kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic
Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tupuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD) Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.
Prosedur Kemasukan ke Program Pendidikan Khas
Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau program integrasi terletak di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk melayakkan seseorang kanak-kanak mengikuti program ini, beberapa criteria harus diikuti seperti :
· Membawa kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor akan membuat diagnos dan membuat pengesahan kecacatan kanak-kanak tersebut.
· Pengesahan tersebut dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (opsyenal) untuk didaftarkan sebagai individu berkeperluan khas. Ini melayakkan kanak-kanak mendapat elaun bantuan RM50 sebulan.
· Kanak-kanak seterusnya mendaftar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan akan memanggil ibubapa bagi menentukan sekolah yang ingin dipilih.
· Unit Pendidikan Khas akan memaklumkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan. Temuduga murid dijalankan.
· Ibubapa harus membuat pengesahan penerimaan atau persetujuan untuk anak mereka mendaftar di sekolah tersebut jika diterima masuk ke sekolah berkenaan

Tuesday, 18 October 2011
Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi
Langkah ini wajar dipuji. Walaupun pihak yang skeptikal akan melihat ia sebagai pilihan yang terkebelakang namun secara peribadi, saya amat menyokong demi untuk kelangsungan hayat Bahasa Melayu.
Jika ada pihak yang mendakwa ia akan menyebabkan warganegara yang tidak tahu berbahasa Melayu sukar untuk berurusan di pejabat-pejabat kerajaan, ia hanyalah satu alasan.
Monday, 17 October 2011
P&P MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH
nInkuiri
nPembelajaran konstektual
nPembelajaran interaktif
nPembelajaran koperatif
nEksperimen
nPerbincangan
nSimulasi
nProjek
nKajian lapangan
Sunday, 16 October 2011
Saturday, 15 October 2011
Oktober diisytihar bulan bahasa
Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.
"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching hari ini.
Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Friday, 14 October 2011
Penggunaan Bahasa Melayu Wajib Dalam Urusan Rasmi
Beberapa agensi kerajaan dan kementerian berpendapat langkah mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran sebagai tindakan positif dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Mereka secara amnya sedang melaksanakan langkah itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
"Kebanyakan kita mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, dan ini tidak mencerminkan kita serius untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Kalau sudah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu, kita tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris,"
MARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BLOG
Terkedu sekejap pagi tadi bila on internet. Tiba2 muncul pula mesej dari seorang sahabat. Lupa pula nak print screen kan mesejnya. Sahabat tersebut menegur kesalahan ejaan dan struktur ayat yang saya lakukan dalam penulisan saya. Siap disenaraikan lagi perkataan2 yang salah tu. Banyak rupanya... terima kasih ya kerana menegur.
Sebenarnya bukannya tak tahu banyak kesalahan yang di lakukan dalam setiap post yang ada (jawapan cover diri sendiri)... tapi, bila dah sedap2 menaip tu idaklah diambil kira pun kesalahan yang dilakukan. Samaada dari segi tatabahasa ke.. struktur ayat ke.. yang disemak mungkin ejaan sahaja. Kalau dibelek entri yang ni pun.. banyak sangat kesalahannya. Mungkin rasa benda2 seperti itu tak perlu di ambil berat. Yang penting.. isi dan penyampaian.
Tapi ada betulnya apa yang dinasihatkan oleh kawan tersebut. Apa salahnya kita memartabatkan bahasa sendiri. Kalau tidak kita.. siapa lagi? Kalau kita lihat bangsa lain pun.. ada yang siap tulis dalam tulisan bangsanya. Yang tulis dalam bahasa Inggeris pun.. kebanyakkan menulis dengan penuh etika bentuk penulisannya. Kalau ayat Bahasa Inggerisnya setakat main taram jer.. alamatnya kena tegur lah. Tapi kalau penulisan Bahasa Malaysia.. Kenapa tak diendahkan ye?
Program Mentor Mentee
Mentor berperanan sebagai pengganti ibu bapa mentee yang perlu mengikuti perkembangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar di bawah pengawasan mentor tersebut. Di samping itu, mentor akan memainkan peranan sebagai pembimbing dan menjadi orang pertama pelajar merujuk bila menghadapi masalah akademik, emosi dan lain-lain.
Thursday, 13 October 2011
Prof Wu dari China Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa
Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan dan antarabangsa jika ianya dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa. Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara. Kejayaan besar beliau dalam mengembangkan Pengajian Melayu di China adalah dengan penubuhan dua Kursi Pengajian Melayu yang seterusnya membawa peningkatan program ilmiah termasuk penubuhan program pascasiswazah di tujuh buah universiti di negara itu.
Wednesday, 12 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
Didik Hibur
Didik hibur dan Seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. "Yang penting guru BM tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid," Dalam memastikan kurikulum ini dapat menjalankan fungsinya dengan baik, semua pihak sepatutnya mengambil sikap yang positif. Jika tidak, hasrat untuk menambah baik sistem pendidikan tidak akan menjadi kenyataan. Sekiranya semua pihak tidak melaksanakan peranan masing-masing, akhirnya kita akan tetap berada pada tahap lama. Perubahan yang diharapkan tidak akan menjadi kenyataan.
Monday, 10 October 2011
Perhimpunan Sekolah saya
Sama tapi tak serupa. Apa yang sama dan apa pula yang tak serupa itu? Inilah yang hendak kita sama-sama renungkan supaya peranan sebagai 'pemimpin dan peneladan sekolah' benar-benar dapat digarap sebaik mungkin dalam usaha kita bukan sekadar menjadi 'Konduktor bas' tetapi sepatutnya menjadi 'Konduktor orkestra'.
Ramai orang terutama Guru-Guru Besar yang tidak dapat 'melihat, merenung dan mentafsir serta menterjemah' apa, mengapa, bagaimanan dan ke mana sesuatu perkara itu di dalam memastikan peraturan dan kehendak-kehendak ordinan dan peraturan persekolahan di negara ini khasnya, dan segala macam dasar dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat Pendidikan Daerah amnya.
Salah satu daripada perkaranya ialah berkaitan dengan Perhimpunan Sekolah. Walau pun hal ini bukan perkara baru tetapi malangnya banyak sekolah melihat dan menganggapnya satu perkara remeh, tidak penting, buang masa, leceh, apa benda nak isi, malah sampai ada sekolah yang didakwa tidak melaksanakan langsung perkara ini walaupun ianya menjadi salah satu 'kewajipan' sekolah yang tidak boleh ditolak begitu sahaja. Di sinilah betapa seseorang Guru Besar itu perlu bersikap sebagai 'pegawai eksekutif' yang berkesan bagi menentukan semua kehendak dan dasar pendidikan yang terangkum di dalam Pekeliling Ikhtisas itu dilaksanakan sepenuhnya bukan sekadar mematuhi secara 'membabi buta' tetapi dapat memberi impak dan kesan yang mendalam dan penuh bermakna kepada seluruh anak didik dan guru-guru di sesebuah sekolah itu.

Skim Perkhidmatan Guru
Skim Perkhidmatan Guru
Time-based dipendekkan dari 10 tahun kepada 8 tahun sahaja.
Contoh:
DGA29 – DGA32 = 8 tahun
DGA32 – DGA34 = 8 tahun (dulu ikut kekosongan jawatan)
DG41 – DG44 = 8 tahun
DG44 – DG48 = 8 tahun (dulu ikut kekosongan jawatan)
exPPLD DG41 – DG44 = 5 tahun (+ 3 tahun bonus di PPLD)

Sunday, 9 October 2011
Mengelakkan rasa bosan ketika belajar
BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan.
Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.
Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan.

Friday, 7 October 2011
Hari Kanak Kanak
Perayaan ini disambut dengan penuh kasih sayang ... Saya terharu dengan semua yang terlibat. Diharapkan murid dapat bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang. Selamat Hari Jadi buat semua murid sekolah SJK(C) KONG MIN BESERAH KUANTAN
Thursday, 6 October 2011
Nilam di Perpustakaan
Rasa lega hati kerana melihat anak murid saya bersungguh-sungguh menyiapkan projek Nilam.. Minat mereka terhadap buku cerita amatlah tinggi.. moga moga ia berterusan ...
Tuesday, 4 October 2011
MURID PINTAR CERDAS
Murid LINUS kelas 2S….
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Tips lajukan komputer
Masalah dan cara penyelesaiannya ialah..
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Penyelesaian : Program yang mempunyai memori yang tinggi memerlukan RAM / memori yang tinggi. Cara paling mudah, buka program yang menggunakan memori yang tinggi dan tutup/matikan program lain.
Contohnya, jika anda membuka perisian Photoshop yang semestinya akan menggunakan memori yang tinggi, tutup/matikan aplikasi lain seperti Internet Explorer, Antivirus dan juga apa sahaja program yang tidak digunakan ketika itu. Jadi, RAM dan processor akan tertumpu kepada satu program sahaja dan secara tidak langsung akan melajukan komputer anda.
2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Penyelesaian : Cara paling mudah anda matikan sahaja program tersebut. Gunakan fungsi disable pada option atau jangan run semasa loading windows. Semua setting ini ada pada option/preference pada setiap program.
Untuk hilangkan program pada startup boleh gunakan System Configuration Utility. Caranya Klik pada Run -> msconfig dan tekan OK. Terus ke Startup tabs dan untick pada program yang tidak diperlukan semasa startup komputer.
3: Ruang hard disk yang terhad
Penyelesaian : Tiada cara lain melainkan menambah saiz har disk atau membuang/ uninstall sebarang perisian yang tidak digunakan pada komputer anda.
Anda juga boleh gunakan fungsi scandisk dan juga defragment pada hard disk. Anda juga boleh lakukan menggunakan perisian CCleaner.
4: Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Penyelesaian : Update dan scan seluruh komputer. Pastikan scan setiap pendrive yang dipasang pada komputer. Pendrive memang mudah berjangkit dari satu PC ke PC yang lain. Virus bergerak semudah kita membawa pendrive ke mana-mana. Jadi, berhati-hati. Gunakan Ninja Pendisk untuk scan pendrive anda.
5: Memori (RAM) yang rendah
Penyelesaian : Cara paling mudah anda perlu tambah RAM atau kurangkan program yang dipasang pada komputer. Install hanya ikut keperluan sahaja.
Selamat mencuba..
Logo 1 Malaysia
Murid tahun 2S sangatlah bangga kerana hari ini saya telah mengedarkan kertas warna 1 Malaysia untuk mereka. Semua murid saya suka menyanyi lagu 1 Malaysia. Setipa hari Isnin selepas perhimpunan semua murid akan menyanyikan lagu Satu Malaysia(offical). Kali ini saya tidak membawa mereka ke Dewan Kuliah untuk menyanyikan lagu 1 Malaysia, tapi beri peluang untuk mereka mewarna logo kebanggaan kita. Mereka sangat terhibur semasa mewarnakannya. Ini ialah salah satu strategi saya iaitu terapi warna. Murid berasa segar selepas aktiviti ini. Diharapkan semangat yang bertenaga ini dapat dikekalkan sepanjang tahun....
Monday, 3 October 2011
Program Bacepat Tahun 1
Program ini dijalankan dua kali seminggu iaitu hari Selasa dan Khamis. Ia bermula sebelum murid-murid tahun 1 memulakan sesi pembelajaran di bilik darjah. Sementara menunggu masa untuk masuk ke kelas , murid tahun satu akan memulakan sesi bacepat pada pukul 12.30pm. Ia dikendalikan oleh ketua murid tahun 1. Guru-guru bertugas turut serta mengawal displin murid. Aktiviti ini diselitkan dengan Didik hibur. Murid sangat suka hadirkan diri awal pada hari tersebut... Saya berharap kaedah ini dapat membasmi buta huruf 100%, setakat ini hampir semua murid tahun satu tahu membaca dan menulis.Syukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)