Hari ini saya meminta anak murid saya duduk beramai-ramai untuk menikmati aktiviti mewarna. Saya telah menyediakan beberapa corak huruf yang kreatif... idea ini diambil oleh email rakan saya yang berada di Johor. Beliau menyatakan aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menceriakan murid, malah dapat meningkatkan mood murid untuk terus belajar didalam kelas. Saya amat suka akan cara yang istimewa ini....
Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Didik Hibur
2.40-3.40 pm Hari Rabu, saya telah membawa anak murid saya kelas 2S ke Bilik ICT. Tujuannya ialah menggunakan YouTube untuk mengajak murid menyanyi lagu kanak-kanak bersama. Banyak lagu sedap beb...Murid saya sangatlah suka jika dapat ke bilik ICT.... saya sendiri pun sukalah! Murid tiba-tina berubah menjadi ceria minda!!! Minat untuk belajar berkobar-kobar..... Di bilik ICT suasananya sangat senyap dan tanpa ganguan bunyi dari kelas lain.. jadi kita boleh belajar dengan baik sekali.....saya akan mengupas aksi didik hibur di episod seterusnya....out.
Thursday, 22 September 2011
Program Nilam
aky
Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Ganjaran
Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun. Murid yang mendapat skor A akan diberi ganjaran sebagai galakan membaca…
"There is more treasure in books than in all the pirate’s loot on Treasure Island”.
- Walt Disney
Subscribe to:
Posts (Atom)