Saturday, 3 December 2011

Wajib guna bahasa Melayu

Mulai tahun depan, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana agensi kerajaan, perbankan dan syarikat yang enggan menggunakan bahasa Melayu (BM) dalam semua urusan berkaitan, tertakluk di bawah tetapan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JPBK).
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata langkah itu diambil bagi memastikan semua pihak bersatu dan bekerjasama dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu yang juga bahasa rasmi, sekali gus penggunaannya meluas di seluruh negara.

“JPBK atau jawatankuasa induk ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai enam jawatankuasa kecil di bawahnya bertujuan melaksana, memantau dan memastikan bahasa Melayu digunakan sewajarnya.

“Sebagai contoh, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Sektor Kewangan (JPBK-SK) akan memastikan bank di negara ini menggunakan BM dalam semua aktivitinya termasuk dalam borang perjanjian selain bahasa Inggeris. Mereka boleh buat dwibahasa, yang penting BM ada.

Bahasa Melayu Klasik

Definisi

Takrifan tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kita
memahaminya. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 )
mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai
sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi
perkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik
diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zaman
menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai
bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya.

Ruang Lingkup Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman
permulaan  bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu Berang
Kuala Terengganu bertarikh 702 H  bersamaan  1303 Masehi. Selain penemuan prasasti
tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah,
Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasasti
yang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan
lain-lain lagi (Amat Juhari Moain. 1994).

Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip.
Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara .
Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis
bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala  manuskrip bentuk buku yang
paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada
1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui  bagi membuktikan kewujudan bahasa
Melayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat
Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M).( Nik Safiah Abd. Karim. 1992.
Bahasa Melayu Moden : Kemuncak Tradisi Melaka-Johor-Riau. Dlm S. Othman Kelantan
(pngr.) 100 Tahun Pergerakan bahasa Dan sastera Melayu 1888 - 1988 : 38-53.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Dalam kajian yang berhubung dengan perkembangan Bahasa Melayu, terdapat percanggahan
pendapat antara para sarjana. Misalnya Prof. Dato' Asmah Haji Omar dalam bukunya
Susur Galur Bahasa Melayu( Kuala Lumpur . DBP : 1985) menjelaskan bahawa bahasa ini
berkembang dari abad ke-13 hingga ke-17 masehi. Manakala Prof. Dato' Ismail Hussien
melalui bukunya Tamadun Melayu Jilid Dua ( Kuala Lumpur. DBP : 1993 ) menyatakan
bahasa Melayu berkembang dari abad ke-13 dan ke-14 masehi.

Namun begitu, apa yang perlu ditegaskan di sini , bermula abad ke-14 hingga ke abad 19
masehi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan utama bagi masyarakat ketika
itu. Malah ada di kalangan pengkaji menyamakan bahasa ini dengan bahasa Latin dan
Perancis kerana penggunaannya begitu meluas iaitu sehingga dituturkan di India dan
juga Eropah ( Abdul Samad Ahmad : 1966 )


Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya
tulisan jawi. ( Asmah haji Omar : 1993 ). Sebelum ini tulisan yang digunakan oleh
masyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah Hj Sabran
dan Rahim Syam : 1986). Kedatangan Islam membawa perubahan yang amat ketara ke atas
masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan sahaja dari aspek tauhid danakidah
tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut berubah,

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab
pada mulanya menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utamanya
ialah memudahkan bacaan, kerana tulisan jawi merupakan sesuatu yang baru bagi
masyarakat Melayu. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan.

Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. ( Abdullah Hassan :
1992 ) Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas
terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama,
cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonem
arab adalah seperti berikut :
? Akhirat
? Syarat
? Zaman
Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telah
menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan
kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab
juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.
Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah
? Duniawi
? Jahaman
? Akhirat
? Mu'tabar
? Fakir
? Sultan
? Jumaat
Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan Kata
Hubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yang
sering digunakan berulang ialah :
? Itu
? Sana
? Maka
Kata Hubung :
? Yang
? Dan
? atau

Kata Penegas :
? Lah
? Pun

Penterjemahan karya atau kitab-kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu menyebabkan struktur
atau sintaksis Arab menyerap ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan kitab banyak
menggunakan Frasa Sendi Arab. Antara Frasa Sendi yang dipinjam dari bahasa Arab
ialah ;daripadanya;  atas dengan;  dia dan lain-lain lagi.

Selain dari itu ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik juga dikatakan meleret-leret,
terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Pengarang sesebuah buku sering
memasukkan perkataan yang sukar difahami. Begitu juga dengan pengunaan ayat-ayat
pasif yang begitu meluas terutama dalam hikayat-hikayat.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga tedapat pendepanan pradikat  dalam ayat yang
digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsanan ayat. Pendepanan predikat
terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh
nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, contohnya :
a) Berjalanlah baginda berhari-hari untuk mencari permaisuri yang telah melarikan
diri
b) Maka kepala budak itu digondolkan oleh tukang gunting dengan sebilah beliung.
(Prof. Mohd. Taib Osman & Abu Hasaan Sham  (pngr.) 1978.  Warisan Prosa Klasik.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ).

Selain dari itu, ciri-ciri yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu klasik ialah
adanya pengaruh Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu memberi impak yang begitu
besar . Roh Islam bukan sahaja ada pada individu malah turut terdapat dalam istilah
dan ungkapan bahasa.  Jika agama Hindu banyak mempengaruhi setiap aspek dan
perbuatan orang Melayu pada suatu ketika, perkara sedemikian juga turut berlaku
apabila wujudnya pengaruh Islam. Istilah dan ungkapan Islam telah diterima pakai
oleh masyarakat Melayu sebagai perantaraan dalam komunikasi atau penghasilan
sesuatu karya. Tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri,
Daud Abdullah al-Patani serta Raja Ali Riau banyak membantu dalam memperkembangkan
istilah dan ungkapan bercirikan Islam.

Karya-karya sastera Melayu Klasik banyak menggunakan watak-watak ciptaan dengan nama
Islam, khususnya nama-nama raja. Misalnya Raja Nursyirwan Adil, Raja Abdul Jalil
dan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu terdapat juga nama campuran unsur Sanskrit,
India dan Islam. Contohnya Merong Mahawangsa, Raja Donan dan Seri Rama.

Salah satu dari ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan moden ialah
pengunaan kata-kata adapun, syahdan, hatta, setelah, arakian,al-kisah, bahawasanya,
kelakian, sebermula dan sebagainya.

Dalam zaman bahasa Melayu klasik banyak berdiri kerajaan Melayu yang menggunakan
bahasa Melayu Klasik sebagai bahasa pemerintahan seperti kerajaan Pasai-Samudera,
Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Berunai yang menyebar luas
di daerah Kalimantan Utara hingga ke Filipina Selatran; Patani, Ligor, Palembang,
Jambi, Siak, Sri Inderapura, Langkat, Pahang, Perak dan lain-lain. Bahkan ada
empayar atau kerajaan bukan Melayu tetapi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pemerintahan. Contohnya kerajaan Ache di Sumatera Utara.

Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang amat pesat berbanding dengan zaman
bahasa Melayu Kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan
intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang
ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa
Melayu. Bahkan pada awal abad ke-17 M, berlaku pula polemik-polemik ilmiah tentang
falsafah, tasawwuf dan ilmu-ilmu ugama yang lain khususnya seperti polimek yang
dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf
Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya bersifat intelektual ini berpunca daripada
pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu. Keadaan ini tidak
berlaku pada zaman Hindu.

Lantaran itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk

urusan pengembangan agama Islam bahkan ianya menjadi salah satu di antara enam
bahasa dunia Islam iaitu selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi. Oleh sebab
itu juga orang-orang Kristian menggunakan bahasa Melayu dalam penyebaran agama
Kristian di kawasan Asia Tenggara (Manggantar Simanjuntak : 1995)

Tuesday, 29 November 2011

Tatabahasa Dan & Daripada

Cerita kanak-kanak - Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Friday, 25 November 2011

Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan

Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

Thursday, 24 November 2011

Kita belum cinta bahasa sendiri

Pelbagai kempen diadakan oleh pihak pemerintah melalui media massa dan slogan dapat ditemukan seperti ‘Cintailah Bahasa Kita’, ‘Bahasa Jiwa bangsa’, diharap tidak tinggal sebagai slogan saja tetapi usaha untuk memperkemas serta merealisasikan slogan itu patut disertakan dengan tindakan bersepadu.

Apa yang dapat kita lihat, di sekolah kita sudah mempunyai ‘minggu’ atau ‘bulan bahasa’ tetapi di manakah silapnya sehingga kita tidak dapat melahirkan generasi yang benar-benar sayang dengan bahasa sendiri, menggunakan bahasa sendiri tanpa segan silu.

Apakah pengisian sebenar ‘minggu’ atau ‘bulan bahasa’ di sekolah sehingga pelbagai gaya bahasa diguna pakai oleh pelajar sehingga menjejaskan imej Bahasa Kebangsaan.

Di sekolah, pelajar Melayu gemar menggunakan bahasa pasar, bahasa rekaan mereka sendiri sedangkan mereka inilah yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa sendiri.

Jika kita toleh kepada rancangan televisyen membabitkan temubual dengan remaja, yang mereka gunakan bahasa pasar dan bahasa ciptaan mereka yang sukar difahami golongan dewasa.

Untuk mengembalikan kegemilangan dan martabat bahasa Malaysia, kesedaran tinggi amat penting bagi setiap warga negara terutamanya masyarakat Melayu sama ada di peringkat rendah, pertengahan dan atasan bagi memastikan bahasa kita berada di tahap sewajarnya.

Frasa yang boleh digunakan dalam huraian isi karangan

1) Hal ini berlaku kerana…
2) Hal ini demikian kerana…
3) Hal ini disebabkan oleh…
4) Walaupun begitu,
5) Dengan kata lain,
6) Seharusnya kita sebagai…
7) Sehubungan dengan itu…
8) Namun demikian, perkara itu….
9) Namun begitu, hal ini….
10) Sungguhpun begitu hal ini…